MBSA bagi diskaun kompaun sempena sambutan 21 tahun Shah Alam - Utusan Malaysia

MBSA bagi diskaun kompaun sempena sambutan 21 tahun Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Orang ramai khususnya penduduk di bandar raya ini boleh memanfaatkan peluang melunaskan bayaran kompaun parkir kereta yang dikurangkan sebanyak RM10.

Pengurangan bayaran kompaun itu dilaksanakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi program Kempen  Pengurangan  Kompaun RM10 bagi kompaun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) sepanjang bulan Oktober sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam Ke – 21.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, diskaun tersebut adalah untuk memberi peluang kepada Orang Kena Kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kompaun kepada MBSA.

“Pelaksanaan kempen pengurangan kompaun ini akan bermula  pada  1 Oktober hingga 31 Oktober ini.

“Selain itu, MBSA turut menawarkan pengurangan kompaun sehingga 70 peratus daripada bayaran sebenar  kompaun  yang  dikenakan untuk kesalahan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, jenis-jenis  kompaun  yang  layak  untuk  mendapat pengurangan sehingga 70 peratus adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005 dan Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005.

Katanya lagi, kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007 dan Undang-Undang Kecil Iklan (MBSA) 2007 turut mendapat pengurangan yang sama.

“Selain itu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007 turut diberi diskaun 70 peratus,”katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya