MBPG, JPS perlu segera atasi banjir di Masai - Utusan Malaysia

MBPG, JPS perlu segera atasi banjir di Masai

CHE Zakaria Mohd. Salleh meninjau keadaan Sungai Masai yang menyebabkan banjir kilat berlaku di Kampung Masjid dan kawasan berdekatan di Masai, Pasir Gudang, Johor. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi mengatasi masalah banjir yang sudah lima kali berlaku di Kampung Masjid dan Kampung Sepakat, Masai dalam tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, punca banjir yang berlaku pada 10 Januari, 15, 24, dan 25 Jun lepas dengan terbaharu pada Khamis lalu memerlukan perhatian segera.

“Banjir pada pukul 3 pagi Khamis lalu adalah terburuk dalam tahun ini apabila air naik lebih setengah meter dalam masa beberapa jam. Banjir ini naik begitu cepat sehingga tiada barang atau perkakas rumah dapat diselamatkan.

“Pakaian, makanan, mesin basuh, peti sejuk, motosikal dan kereta ditenggelami air manakala buku-buku teks sekolah dihanyutkan air banjir,” katanya ketika ditemui selepas memberi bantuan 20 tilam dan meninjau keadaan banjir di Kampung Masjid, di sini hari ini.

Banjir kilat yang melanda Kampung Masjid, Kampung Sepakat dan Desa Bakti di Masai pada pukul 3 pagi itu mengakibatkan penduduk yang sedang tidur kelam-kabut menyelamatkan diri dan barang-barang berharga.

Che Zakaria turut meluahkan perasaan sedih dan kecewa apabila JPS tidak hadir untuk melihat kawasan yang kerap berlaku banjir terutama di kampung itu.

“Adakah masalah rakyat yang dihadapi di kawasan banjir ini sebagai masalah remeh. Adakah sehingga berlaku kemalangan jiwa baru tindakan hendak diambil. Harap pihak berkenaan terutama JPS ambil tindakan segera.

“Tolong buat kajian dan maklumkan status dengan segera dengan memikirkan solusi terbaik bersama bagi mengatasi punca masalah yang tiada kesudahan. Rintihan mangsa banjir yang saban tahun terpaksa menanggung kerugian, sampai bila masalah ini perlu berlanjutan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya