Mayat ditemukan selepas seminggu terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Mayat ditemukan selepas seminggu terlibat kemalangan

 MAYAT mangsa bersama motosikal ditemukan di Jalan Besar Serting Hilir-Tembangau Jempol, Negeri Sembilan, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Satu mayat lelaki ditemukan dalam keadaan berulat bersama sebuah motosikal di Jalan Besar Serting Hilir-Tembangau dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mayat Sylvester Paren Joseph, 26, ditemukan dalam keadaan kembung dan berulat selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan kira-kira seminggu lalu.

“Siasatan awal dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika  mangsa menunggang motosikalnya hendak pulang ke rumahnya di Serting Hilir 6 dekat sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dan motosikalnya dipercayai telah terbabas ke kiri jalan dan jatuh ke tebing jalan sedalam 7.4 meter dari bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Chang Hook, akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tarikh dan masa sebenar kejadian tidak pasti tetapi kejadian dianggarkan berlaku lebih kurang satu minggu dan tiada unsur-unsur jenayah ditemukan.

“Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya