Maut terjatuh dari ketinggian enam meter selepas hantar adik vaksin - Utusan Malaysia

Maut terjatuh dari ketinggian enam meter selepas hantar adik vaksin

MANGSA maut selepas terjatuh dari ketinggian enam meter di Kilometer 4, Lebuh Raya EDL menghala Pandan di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut selepas tercampak ke laluan bawah Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL), di sini apabila motosikal yang ditunggang  bersama adiknya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 4 lebuh raya itu menghala ke Pandan, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun maut di tempat kejadian selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira enam meter manakala adiknya berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu dipercayai disebabkan motosikal terbabit terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain.

Katanya, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Pasir Gudang selepas menghantar adiknya untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Mangsa dipercayai terbabas dan tercampak ke laluan bawah Lebuh raya EDL dan mengalami cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara itu, adiknya yang terjatuh di lokasi kejadian itu hanya mengalami kecederaan ringan di jari,” katanya dalam ketika dihubungi hari ini.

Raub berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat manakala adiknya menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya