Masjid Putra mula dibuka untuk solat Jumaat pukul 11.45 pagi

Masjid Putra mula dibuka untuk solat Jumaat pukul 11.45 pagi

MASJID Putra di Putrajaya akan buka pintu untuk solat Jumaat mulai pukul 11.45 pagi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mengumumkan hanya buka pintu untuk solat Jumaat mulai pukul 11.45 pagi, Masjid Putra turut menetapkan waktu yang sama.

Menerusi hebahan berbentuk infografik yang disiarkan dalam akaun sosial rasminya semalam, pentadbir masjid itu memasukkan notis masa berkenaan sebagai panduan untuk jemaah selain memudahkan perancangan jemaah yang lazimnya datang lebih awal dengan kapasiti maksimum ditambah kepada 500 orang berbanding sebelumnya 300 orang.

Bagaimanapun, untuk solat fardu berjemaah pula hanya 200 orang dibenarkan iaitu tambahan kuota sebanyak 100 orang lagi berbanding had lama yang ditetapkan sejak awal Julai lalu.

Ia susulan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail semalam berhubung ketetapan baharu yang berkuat kuasa pada hari ini.

Hebahan berkenaan turut mengingatkan bahawa cuma jemaah yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan masuk selain harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Antaranya memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri bersaiz besar standard, mengamalkan jarak fizikal 1.5 meter dan mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera.

SOP yang disediakan pihak Majlis Keselamatan Negara dan Jakim itu turut membenarkan jemaah kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas untuk masuk solat dalam masjid berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya