KUALA LUMPUR: Pelakon, Fazura meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi orang-orang positif dalam hidupnya.
Menurut Fazura, dia tahu ada insan-insan yang tidak putus memberi sokongan terhadap dirinya walaupun secara tidak terang-terangan.
“Dalam susah dan senang, awak selalu ada dengan saya. Bulan September yang sangat padat. Kadang-kadang rasa masa itu sangat singkat.
“Sekejap saja kita sudah sampai ke sini. Banyak perasaan yang kita lalui bersama sepanjang pandemik ini, tidak kurang juga banyak yang harus kita syukuri.
“Kita masih di sini. Banyak yang pasti sudah kita pelajari dan masih ada peluang untuk perbaiki, Insya-Allah,” ujarnya di Instagram.
Dalam perkongsian sama, isteri pelakon Fattah Amin itu turut mendoakan semoga apa saja yang dilakukan mendapat keredaan Allah SWT.
“Semoga kita sentiasa menjaga dan memperbetulkan niat, serta dikurniakan kekuatan untuk terus melangkah ke depan.
“Pandang ke depan, berpijak di bumi nyata, kita pasti dapat lakukan ini!,” coretnya.