PETALING JAYA: Bergelut dengan masalah otot lengan menyaksikan pelumba berbakat negara, Adam Norrodin terpaksa menarik diri daripada perlumbaan Moto2 di Grand Prix (GP) Britain, Ahad lalu.
Dia yang menggantikan tempat Jake Dixon di Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing pada perlumbaan di Litar Silverstone itu mengakui, masalah yang dialaminya boleh membahayakan pelumba lain.
“Sebenarnya ini pertama kali saya gagal menamatkan perlumbaan. Sukar untuk membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlumbaan.
“Saya bergelut dengan otot lengan, ini bermakna sukar untuk saya menunggang dengan baik. Saya merasainya dalam banyak pusingan sehingga menyukarkan saya melakukan brek dengan betul.
“Dari situ saya membuat keputusan untuk berhenti kerana ia boleh membahayakan nyawa saya dan pelumba lain.