Mantapkan sistem kewangan, perbaiki kutipan hasil cukai

[Parlimen]: Mantapkan sistem kewangan, perbaiki kutipan hasil cukai

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan supaya memantapkan sistem pengurusan kewangan dan memperbaiki kutipan hasil cukai negara.

Ini kerana, beliau berpendapat, antara cabaran besar kerajaan ketika ini ialah menjana hasil negara untuk membiayai lebih banyak program pembangunan fizikal dan sosioekonomi.

“Kedudukan fiskal negara memerlukan kerajaan bersikap lebih berani untuk memperkasa peranan sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan ekonomi, menerusi usaha seperti kerjasama sektor Awam-Swasta atau Public Private Partnership (PPP),” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, perkara itu berlaku disebabkan sektor swasta mempunyai surplus atau lebihan dalam sumber kewangannya manakala kerajaan mempunyai defisit.

“Namun demikian, kerajaan mesti memantapkan pengurusan kewangannya dengan memperbaiki sistem kutipan hasil dan menggunakan undang-undang sedia ada untuk menyeragamkan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (harmonization of sales and service tax) bagi memperbaiki prestasi kutipan hasil cukai.

“Ini dapat mengelakkan berlaku ketirisan dan ketidakpatuhan dalam pembayaran cukai yang boleh menjejaskan hasil negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya