“Mana tahu Cikda boleh untung berjuta kalau saman” - Ieda Moin dakwa nama disalah guna - Utusan Malaysia

“Mana tahu Cikda boleh untung berjuta kalau saman” – Ieda Moin dakwa nama disalah guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Ieda Moin meluahkan rasa terkilan apabila sebuah blog hiburan memuat naik satu artikel memaparkan tajuk yang didakwa telah mencalarkan nama baiknya.

Ieda mendakwa, pihak berkenaan telah menggunakan tajuk sensasi dan secara tidak langsung dikatakan menimbulkan salah faham dalam kalangan pembaca.

“Amboi, berani sungguh buat kenyataan dekat Cikda macam ini ya. Betul-betul tahu ke Cikda sudah ambil vaksin ke tidak?

“Seronok sungguh Cikda baca tajuk di portal itu,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, dia turut meminta pendapat daripada pengikutnya berkenaan isu itu sementelah mendatangkan fitnah yang menuduhnya sengaja mengelak vaksinasi.

“Pendapat kesayangan Cikda, nak bawa ke tengah atau ke tepi?

“Mana tahu Cikda boleh untung berjuta kalau saman,” tulisnya bernada seloroh.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya termasuk rakan artis menyifatkan tajuk artikel berkenaan tidak menjaga sensitiviti seseorang dan melampau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya