Makkal Sakti diberi tempat pada PRU-15 - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Makkal Sakti diberi tempat pada PRU-15 – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan memberi tempat kepada Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ruang berkenaan diberikan setelah parti tersebut setia bersama BN selama 13 tahun, sekali gus tempat sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi kepada Makkal Sakti.

“Jadikan Makkal Sakti sebagai aset. Saya berasakan apabila diminta, Presiden Makkal Sakti, R. S. Thanenthiran tadi untuk calon-calon daripada Makkal Sakti bertanding dalam PRU15 dan telah berbincang dengan rakan-rakan dalam BN, kita akan memberi tempat pada PRU-15 dalam Parlimen atau DUN nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Makkal Sakti di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn hari ini.

Terdahulu, Naib Presidennya, Datuk V. Saravana Kumar berkata, pihaknya telah bertemu dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan menyatakan hasrat untuk menjadi komponen dalam BN, bukannya sekadar gabungan semata-mata.

Dengan cara itu, jelas Saravana lagi, pihaknya boleh memberi sumbangan kepada masyarakat seluruhnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya