Macam menunggu jodoh, hati Farahdhiya berbunga-bunga - Utusan Malaysia

Macam menunggu jodoh, hati Farahdhiya berbunga-bunga

FARAHDHIYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya berkongsi kegembiraannya di akaun Instagram miliknya kerana sudah khatam Al-Quran, semalam.

Malah penyanyi lagu Bertahta Di Hati itu juga menyambut kegembiraan berganda apabila sudah lengkap vaksinasi 14 hari dan bakal menyambung semula kerjaya sebagai anak seni.

“Alhamdulillah, hari ini (Jumaat) hati berbunga-bunga. Pertamanya sebab saya dapat khatam (selesai) Al-Quran dan pada masa sama cukup 14 hari selepas suntikan vaksin kedua.

“Jadi saya sudah lengkap dan boleh bekerja semula. Menunggu dos vaksin AstraZeneca ini macam menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba, lama betul!,” luahnya.

Tampil berhijab dalam perkongsian sama, selebriti berusia 37 tahun itu, mendedahkan, dia berehat seketika dari radar media sosial kerana mahu memberi sepenuh tumpuan pada dirinya.

“Alhamdulillah, rehat yang baik. Sekarang saya kembali dan teringin nak makan macam-macam dekat luar itu, Dimsum, Korean Bbq, makanan Jepun semualah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal menjalani satu projek istimewa yang pastinya dinantikan orang ramai.

“Tapi yang paling tidak sabar mahu bekerja semula! Projek baharu tidak lama lagi. Saya akan kongsikan, jaga diri semua,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya