Liverpool dapat pengajaran berguna - Klopp - Utusan Malaysia

Liverpool dapat pengajaran berguna – Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui pasukan lawan berhak menjaringkan tiga gol dengan corak permainan yang ditunjukkan dalam penampilan pertama dalam tempoh 74 tahun di liga utama England.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRENTFORD: Jurgen Klopp mengakui banyak kekurangan Liverpool yang didedahkan Brentford terutama aspek bertahan yang menyaksikan mereka sekadar pulang dengan satu mata.

The Reds mungkin mampu mengubah keputusan 3-3 itu jika Mohamed Salah berjaya menyudahkan peluang keemasan ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Brentford, David Raya namun gagal disudahkan dalam bentuk jaringan.

Pengendali Liverpool itu, mengakui pasukan lawan berhak menjaringkan tiga gol dengan corak permainan yang ditunjukkan dalam penampilan pertama dalam tempoh 74 tahun di liga utama England.

Biarpun seri, skuad kendalian Klopp masih menerajui takhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan satu mata selepas Chelsea dan Manchester United tumpas dalam perlawanan masing-masing.

“Tidak pasti sama ada saya menikmatinya, tetapi ia penuh debaran. Mereka berhak dengan setiap gol dijaringkan berdasarkan cara mereka bermain.

“Jelas sekali kami gagal menangani hantaran-hantaran jauh mereka. Saya berpuas hati ketika kami mengawal bola, tetapi tidak ketika ia di udara.

“Perkara-perkara sebegini boleh berlaku dan ini satu perlawanan yang menarik. Mo biasanya mampu menghasilkan gol dalam situasi seperti itu tetapi tidak hari ini (semalam). 

“Tiada apa yang boleh diulas mengenainya. Saya sangat menyukai cara pasukan beraksi di bahagian depan dan sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol. Tetapi jika kami mendahului 3-2 atau 4-3, kami masih perlu berjuang untuk bertahan,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya