Liga M muncul liga pertama di Asia ditaja Puma - Utusan Malaysia

Liga M muncul liga pertama di Asia ditaja Puma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengikat perjanjian kerjasama dengan jenama sukan global Puma sehingga 2024.

Melalui kerjasama ini, Puma bakal menjadi pembekal bola pertandingan rasmi bagi semua pertandingan di bawah kendalian MFL.

Perjanjian jangka panjang ini akan bermula pada pertandingan Piala Malaysia dan Puma menyediakan semua bola perlawanan rasmi sepanjang tempoh kerjasama berkenaan.

“Tajaan ini menandakan kepercayaan dan keyakinan Puma terhadap jenama dan kualiti Liga Bola Sepak Malaysia yang menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun.

“MFL amat gembira dengan kerjasama jangka panjang ini dengan Puma dan Active Sports di kala kami berdepan cabaran akibat pandemik Covid-19. 

“Kami yakin bahawa Puma & Active Sports akan mendapat hasil penajaan yang menggalakkan daripada perkongsian jangka panjang ini,” kata Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berharap kerjasama ini juga dapat dinikmati oleh seluruh peminat bola sepak tempatan.

“Kerjasama ini juga memastikan bahawa kelebihan teknologi bola dan juga produk-produk daripada Puma dapat dinikmati oleh berjuta-juta peminat bola sepak tanahair melalui pelbagai rancangan promosi dan peraduan menarik yang akan kami aktifkan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Selain Piala Malaysia, pertandingan di bawah kelolaan MFL merangkumi Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Cabaran juga akan menggunakan bola keluaran Puma.

MFL muncul liga bola sepak pertama di Asia bersama Puma yang secara rasmi menghasilkan bola perlawanan edisi khas sekali gus mengukuhkan lagi portfolio Puma di peringkat global.

Perjanjian ini bertambah menarik buat MFL apabila Puma juga merupakan pembekal bola perlawanan rasmi La Liga dan juga saingan Liga Bolasepak Inggeris (EFL).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya