PETALING JAYA: Seperti diramal, pemain badminton negara, Cheah Liek Hou tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan pertama di Sukan Paralimpik 2020 Tokyo, sebentar tadi.
Menyertai Paralimpik Tokyo menerusi acara perseorangan elaki kategori SU5 (berdiri/ kemerosotan anggota badan atas), Liek Hou mudah mengatasi Ahmed Eldakrory dari Mesir dengan 21-3, 21-2.
Perlawanan di Stadium Nasional Yoyogi itu menyaksikan anak didik Datuk Rashid Sidek tersebut hanya memerlukan masa 15 minit untuk menumbangkan lawannya dalam aksi pembukaan Kumpulan B.
Juara dunia enam kali itu, yang meletakkan sasaran mara ke separuh akhir di Paralimpik Tokyo, bakal bertemu Fang Jeng-Yu dari Taiwan pukul 3 petang esok.