Lebih lima tahun isu anjing korek tanah kubur berlarutan - Utusan Malaysia

Lebih lima tahun isu anjing korek tanah kubur berlarutan

MOHD. Asri Ghani menutup kembali kubur yang dikorek kumpulan anjing liar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka di Dungun. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Penduduk di Kampung Limbong, Paka di sini buntu memikirkan masalah anjing liar yang berkeliaran di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan sejak lebih lima tahun lalu.

Hingga kini difahamkan hampir 15 ekor haiwan liar itu menjadikan kawasan kubur berkenaan sebagai sarang walaupun sudah dilengkapi pagar.

Pengerusi khairat kematian Kampung Limbong, Mohd. Asri Ghani, 47, berkata, keadaan bertambah buruk apabila anjing-anjing itu gemar mengorek tanah kubur baharu setiap kali berlaku kematian.

Katanya, hampir setiap hari dia terpaksa menutup kembali lubang yang ditinggalkan haiwan berkenaan di samping menghalaunya keluar dari kawasan perkuburan.

“Kubur-kubur baharu menjadi sasaran anjing liar dan banyak kesan lubang yang ditemukan hingga saya terpaksa datang setiap hari untuk menutupnya kembali,” katanya kepada pemberita hari ini.

Seorang penduduk, Mustapha Ali, 55, berkata, kehadiran kumpulan anjing berkenaan menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk kampung.

Katanya, walaupun tiada sebarang kejadian dikejar haiwan liar itu namun mereka bimbang insiden tidak diingini berlaku termasuk kemungkinan dicederakan.

“Kami sangat berharap pihak berkuasa atau mana-mana persatuan pencinta haiwan dapat bersama-sama menangani masalah ini kerana bagi pihak penduduk dan pengurusan kubur, kami hanya mampu menghalau sahaja anjing tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya