Lebih 60 peratus kematian kemalangan motosikal dalam tempoh 20 tahun

Lebih 60 peratus kematian kemalangan motosikal dalam tempoh 20 tahun

AZHAR HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan bahawa lebih 60 peratus kematian melibatkan penunggang motosikal dalam kemalangan jalan raya sepanjang tempoh 20 tahun.

Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya MIROS, Azhar Hamzah berkata, secara purata 20 peratus daripada 500,000 kemalangan yang dilaporkan setiap tahun turut melibatkan kemalangan motosikal.

Justeru, katanya, pihak MIROS sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam merangka satu pelan untuk menurunkan kadar kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Sejak 20 tahun lepas, lebih 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya terdiri daripada penunggang motosikal dengan 45 peratus mangsa dalam lingkungan umur 16 hingga 30 tahun.

“Dalam kemalangan motosikal, penunggang memainkan peranan yang paling penting, tidak kira dalam apa jua persekitaran dan kenderaan yang mereka naiki,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tambah Azhar, kemalangan motosikal biasanya berlaku di jalan-jalan utama dengan 66 peratus di bahagian jalan yang lurus, 27.5 peratus pelanggaran di sudut atau tepi jalan, 28 peratus melibatkan kereta dan 25 peratus melibatkan satu kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya