PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat ditetapkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai permulaan, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.
“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” katanya dalam kenyataan selepas Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, hari ini. – UTUSAN ONLINE