KPDNHEP Perak sita 90 tong gas LPG - Utusan Malaysia

KPDNHEP Perak sita 90 tong gas LPG

LORI muatan gas LPG yang disita KPDNHEP Perak dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan di Tapah hari ini. - IHSAN KPDNHEP PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merampas 90 tong gas petroleum cecair (LPG) dianggarkan bernilai RM8,248.80 dalam serbuan di kawasan perumahan di Tapah hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Dottie Azlina Ismail berkata, tong gas yang disimpan di tempat yang tidak dilesenkan itu ditemukan dalam serbuan pada pukul 6 pagi.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas lori muatan LPG yang diletakkan di parkir di kawasan perumahan itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya telah menemui seorang lelaki berusia 36 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori itu gagal mengemukakan lesen berniaga runcit barang kawalan (CSA) LPG di atas pendaftaran syarikat yang dijalankan.

“Malah, siasatan lanjut juga mendapati bekalan barang kawalan LPG itu peroleh daripada pembekal dari luar Perak,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu lori itu telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta kawalan Bekalan 1961.

Katanya, pasukan serbuan kemudiannya menyita 43 tong gas berisi pelbagai jenama dan 47 tong gas kosong.

“Kesemua 90 tong LPG yang telah disita itu dianggarkan bernilai RM8,248.80. Dalam serbuan itu, kita turut menyita lori berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya