KPDNHEP Perak sita 26,421kg tepung gandum - Utusan Malaysia

KPDNHEP Perak sita 26,421kg tepung gandum

PEGAWAI KPDNHEP Perak memeriksa tepung gandum yang disita dalam operasi di kawasan perindustrian di Menglembu, Ipoh, Perak, semalam.- IHSAN KPDNHEP PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita 26,421 kilogram (kg) tepung gandum bernilai RM53,476.49 daripada sebuah premis kerana menyimpan barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, sitaan itu dibuat dalam operasi bermula pukul 4 petang ke atas sebuah premis di kawasan perindustrian di Menglembu, semalam.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 26,421 kg tepung gandum pelbagai jenama di simpan di premis berkenaan. 

“Kesemua tepung gandum yang ditemukan di tempat kejadian telah disita dan jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM53,476.49,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya