KUALA LUMPUR: Penyanyi, Noki tampil tidak berbaju ketika menjalani penggambaran drama Oh My Hantaran mencuri tumpuan netizen selepas beberapa keping gambar dimuat naik di Instagramnya.
Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 27, yang sedang menjalani drama bersiri 20 episod arahan Shuhaimi Lua kini berada di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.
“Okay kenyang seminggu tengok gambar ini. Tidak mahu apa-apa,” komen seorang pengguna di ruangan komen penyanyi lagu Mimpi itu.
Selain komen itu, Noki dibanjiri komen nakal dan tidak kurang juga pemain gim memuji tubuh badannya yang sasa serta ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan lakonan bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah tersebut.
Menerusi perkongsian sembilan gambar berbeza, Noki berkongsi aksi di sebalik tabir penggambaran drama tersebut.
Dalam hantaran gambar berbeza itu juga melihatkan Noki dan Alif sedang melakonkan babak di atas rakit terbitan produksi filem Tanah Beris yang bersiaran di saluran TV9 pada Disember tahun ini.
“Ada ini sini santai-santai dengan Alif Hadi di Sungai Lembing,” ujar Noki.