Kompleks Anjung Husnul Khatimah bakal dibina   - Utusan Malaysia

Kompleks Anjung Husnul Khatimah bakal dibina  

HASAN MOHAMED ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Kebajikan Sabha dijangka membina Kompleks Anjung Husnul Khatimah di Bukit Cerakah, Shah Alam, dekat sini.

Pengasasnya, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, kompleks bernilai lebih RM20 juta itu dijangka siap pada tahun 2023 itu akan menyediakan modul pembelajaran dan pengajian dengan memberi penekanan amal ibadat untuk umat Islam di negara ini.

Katanya, pembinaan kompleks tersebut sekali gus memberi peluang kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal  mengikuti pengajian pendidikan Islam secara percuma.

“Tapak kompleks telah diwaqafkan atas nama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Ia bukan milik yayasan dan bukan juga milik Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Sebaliknya, ia dimiliki oleh MAIS  yang menjadi pemegang amanah kepada harta waqaf.

“Dalam masa yang sama, ia juga bukan untuk golongan gelandangan atau pusat jagaan harian. Prinsip utama untuk beri pendidikan dan program percuma kepada  golongan terkesan  termasuk fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal. Manakala bagi peserta lain pula, mereka boleh membuat sumbangan bagi membiayai pembelajaran amalan muslim berasaskan modul yang disediakan nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak lima modul disediakan untuk golongan yang berumur 40 tahun keatas manakala empat modul pula akan ditekankan untuk golongan muda.

Dalam pada itu, Hasan berkata, kompleks tersebut dibina dengan menggunakan prinsip tanpa keuntungan dan berlandaskan amal jariah.

“Ia dibangunkan dan dikendalikan sebagai satu cabang dakwah yang menekankan kepentingan mengujudkan institusi dan program  dakwah,” ujarnya.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank  Yayasan Kebajikan Sabha bernombor 564276527165. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya