Kompaun terhadap Ahmad Maslan tindakan punitif - SPRM

Kompaun Ahmad Maslan tindakan punitif – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa tindakan kompaun yang dikenakan kepada ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah satu tindakan punitif. 

Menurut SPRM, perkara berkenaan adalah satu tindakan punitif terhadap mana-mana individu yang terlibat dan merupakan satu bentuk pemulangan aset (asset recovery) di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Setiausaha Agung UMNO itu dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan terhadapnya selepas beliau membayar kompaun mengikut Seksyen 92(1) AMLATFPUAA 2001.

Ahmad Maslan sebelum ini pernah ditawarkan kompaun tersebut pada Oktober 2019 namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu.

Sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) AMLATFPUAA 2001 pada 20 Januari 2020. Semasa tempoh perbicaraan berjalan, beliau mengemukakan representasi dan bersetuju kembali untuk membayar kompaun tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya