PETALING JAYA : Kuala Lumpur City (KL City) melaungkan amaran awal bahawa mereka antara pencabar dalam perebutan Piala Malaysia ke-100 apabila berjaya menundukkan Sri Pahang FC 3-1 dalam saingan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur , sebentar tadi.
Beraksi di laman sendiri, skuad bimbingan Bojan Hodak memanfaatkan kelebihan itu sebaik mungkin dengan memperagakan permainan meyakinkan untuk meraih tiga mata.
Penyerang KL City Romel Morales berjaya meledak dua gol masing-masing pada minit ke-47 dan 73 dan satu lagi jaringan disumbangkan oleh Daniel Ting yang berjaya menanduk masuk gol pertama hasil sepakan sudut pada minit 19.
Sementara itu, gol saguhati skuad Tok Gajah dijaringkan oleh pertahanan KL City Giancarlo Gallifuorco pada minit 79.