Ketua Wanita, Puteri UMNO Langkawi positif Covid-19 

Ketua Wanita, Puteri UMNO Langkawi positif Covid-19 

HISHAM SUHAILY OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Ketua Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Hisham Suhaily Othman dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini selepas disahkan positif Covid-19 sejak semalam.

Turut dilaporkan positif ialah Ketua Puteri UMNO Bahagian Langkawi, Ummi Kalsom Abdul Muthalib serta lima Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian itu dan mereka kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Hisham Suhaily ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan beliau dirawat di HSM sejak pagi semalam.

“Pada mulanya saya buat ujian kendiri air liur selepas menjadi kontak rapat kepada beberapa rakan yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang melancong dari pulau ini.

“Dua kali buat ujian air liur dan negatif, namun saya disahkan positif menerusi ujian RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction) di sebuah klinik swasta pada Jumaat lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Pusat berkata, enam rakannya yang menjalani kuarantin kendiri turut disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian RT-PCR, walaupun sebelum itu mereka mendapatkan keputusan negatif dengan kit ujian kendiri.

Tambahnya, pengalaman tersebut menyebabkan beliau tidak mempercayai ketepatan ujian kendiri berkenaan yang boleh mengundang risiko kes jangkitan Covid-19 kepada orang ramai.

“Saya mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sesiapa yang menjadi kontak rapat sejak 18 September lalu hingga Sabtu lalu diminta membuat ujian saringan Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya