Kerajaan tambah baik sistem pengesanan kontak - Dr. Adham

[Parlimen]: Kerajaan tambah baik sistem pengesanan kontak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan sedang mengambil langkah untuk penambahbaikan sistem pengesanan kontak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, strategi kerajaan ini adalah bagi mengekang penularan wabak Covid-19, selain bergantung kepada program vaksinasi.

“Langkah pertama, sumber data untuk mengenal pasti dan menganalisa interaksi. Langkah kedua, analisis untuk menentukan butiran risiko penyebaran wabak.

“Langkah ketiga adalah Tracer hub atau Dashboard untuk memudahkan kakitangan kita untuk melaksanakan pengesanan kontak dan Langkah keempat adalah aktiviti sokongan untuk mengukuhkan pengesanan kontak,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kementerian juga telah membangunkan Vaccine Management System atau VMS bagi penyimpanan rekod data vaksinasi melalui teknologi blockchain yang dapat menjana sijil vaksinasi bagi setiap penerima vaksin.

“Kementerian juga menghasilkan aplikasi Vaccine Certificate Verifier untuk memastikan setiap sijil digital vaksin adalah tulen melalui Kod QR,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) mengenai strategi kerajaan selain program vaksinasi dalam mengekang penularan wabak Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya