Kerajaan perlukan audit swasta - Tun Mahathir Mohamad

[Parlimen]: Kerajaan perlukan audit swasta – Tun Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya semua jabatan-jabatan kerajaan perlu melalui pemeriksaan audit oleh pihak luar iaitu pihak swasta.

Ini kerana, beliau berpendapat, audit yang dilakukan oleh unit audit dalaman dan Jabatan Audit Negara sahaja tidak memadai kerana tidak benar-benar membantu untuk memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi beberapa jabatan kerajaan ketika ini.

“Kadang-kadang kalau kita mempunyai audit dalaman dari kerajaan sahaja tidak memadai. Ada kala kita perlu dapat audit swasta untuk second audit kepada akaun-akaun yang disimpan oleh jabatan-jabatan kerajaan.

“Bukan kita nak bagi peluang kontrak-kontrak kepada mereka, tetapi di antara kehilangan wang yang banyak dengan membelanjakan wang itu untuk menyelamatkan wang kita, saya fikir kita patut pilih untuk menyelamatkan wang kita walaupun dengan cara kita membelanjakan wang untuk dapatkan pakar-pakar yang akan tentukan segala yang diuruskan itu berjalan dengan baik,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Jabatan Kastam Diraja Malaysia gagal menyiapkan sistem uCustoms bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) walaupun telah membelanjakan RM272.99 juta setakat ini.

“Jabatan Kastam kehilangan wang yang banyak, lebih daripada RM200 juta. Ini bukan perkara baharu. Tiap-tiap tahun, inilah laporannya. Seolah-olah kita tidak dapat mengatasi masalah ini sampai bila-bila.

“Tetapi saya yakin kalau sistem audit diperkemas, perkara ini tidak akan berlaku kerana dalam urusan kastam, mereka tidak dapat periksa semua barangan masuk ke dalam negara, mereka terpaksa guna random check, ini bermakna ramai yang tidak diperiksa sama sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya