"Kerajaan nak jaga YB" - Utusan Malaysia

“Kerajaan nak jaga YB”

SEMUA yang berada dalam Parlimen, Ogos lalu perlu menjalani ujian saringan susulan terdapat kes positif Covid-19. - GAMBAR FAIL/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan tidak membenarkan ahli Dewan Rakyat memasuki Parlimen pada 2 Ogos lalu adalah bagi menjalankan proses sanitasi.

Katanya, kebenaran tidak diberikan kerana Parlimen turut mencatatkan kes positif Covid-19 ketika itu.

“Kerajaan nak menjaga Yang Berhormat (YB) supaya dapat hadir pada hari ini. Apabila dimaklumkan kepada polis, tiada yang dibenarkan masuk kerana kita nak pastikan proses sanitasi boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan isu berhubung kebenaran ahli Dewan Rakyat memasuki Parlimen ketika itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya