Kenapa selekeh? - Utusan Malaysia

Kenapa selekeh?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terkejut Poklip melihat penampilan seorang pelakon wanita dalam sesi siaran langsung di Instagramnya baru-baru ini. Selekeh betul. Macam tak bersiap dan nampak serabut. Lari jauh daripada penampilannya sebelum ini dalam layar kaca atau di majlis hiburan.

Poklip pun sebenarnya tidak berapa berkenan dengan pelakon itu setelah ‘ditipu’ hidup-hidup soal kehamilannya beberapa tahun lalu. Tetapi itu semua cerita lama, sikit pun tak simpan dalam hati. Cuma kita lebih berhati-hatilah.

Tetapi penampilannya baru-baru ini membuatkan Poklip tertanya-tanya, dia okey tak? Melihatkan cara berbual dan bergurau di Instagram bersama anak-anaknya, dia nampak baik-baik sahaja. Tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui pelakon itu.

Di kala ramai anak seni yang mula mendedahkan mereka berdepan dengan masalah kesihatan mental, pastinya kita perlu sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat antara satu sama lain. Bukan mahu sibuk jaga tepi kain orang, tapi cukuplah ambil tahu.

Tapi jangan pula buat-buat tahu segala perkara tentang seseorang. Ini tidak, bila satu spekulasi tular, mulalah semua keluar hujah masing-masing. Tiba-tiba kenal bapa mentua kepada jiran adik angkat artis yang sedang dilanda kontroversi itu.

Tidak perlu untuk kita selak dalam kain seseorang. Tidak kira artis atau sesiapa. Lebih-lebih lagi yang boleh membawa kepada fitnah dan penyebaran berita palsu. Kalau ada salah, tegur dengan berhemah. Kita kan kena jaga kita!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya