Kartel daging dibicara di mahkamah Disember ini - Utusan Malaysia

Kartel daging dibicara di mahkamah Disember ini

Jakim sedang membangunkan alat untuk mengenal pasti status halal terhadap produk-produk lain selain makanan.– GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kartel daging akan melalui perbicaraan penuh di mahkamah pada 14, 15 dan 16 Disember ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihak yang terlibat telah didakwa pada Februari 2021.

“Lantaran itu, kami menyeru pengguna di luar sana, jika ada sesuatu yang meragukan, boleh melaporkan kepada kita dan kita akan mengambil tindakan serius kerana hal berkaitan makanan halal adalah sesuatu yang tidak dapat kita kompromi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung status sindiket kartel daging sejuk beku import yang pernah menggemparkan negara beberapa bulan lalu.

Di samping itu, Rosol berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membangunkan alat untuk mengenal pasti status halal terhadap produk-produk lain selain makanan.

“Alat ini untuk pastikan barang bukan makanan contohnya kosmetik, pakaian, kulit babi dan kulit anjing juga sesuatu benda yang serius dan perlu diberi perhatian.

“Jadi, kita harap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat oleh pihak Jakim,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya