LONDON: Pengendali England Gareth Southgate optimis bahawa penyerang sensasinya Harry Kane mampu memecahkan rekod jaringan Wayne Rooney.
Kapten England itu, akan turun menentang Poland dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Warsaw awal pagi esok dengan status penjaring kelima tertinggi The Three Lions dengan 40 gol.
Dia yang memiliki 63 penampilan, kini berkongsi kedudukan itu dengan bekas penyerang England Michael Owen selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika kemenangan 4-0 ke atas Andorra.
Kane, 28, memerlukan 13 gol lagi untuk menyamai rekod dipegang Rooney dan tahun ini menyaksikan penyerang Tottenham Hotspur telah meledak lima gol bersama England termasuk kunjungan ke Andorra dan San Marino.
Southgate memasukkan Kane di babak kedua bersama-sama Jack Grealish dan Mason Mount dalam aksi Ahad lalu.
“Saya tidak nampak rekod itu tidak mampu dipecahkan. Dia berada di landasan terbaik untuk melakukannya. Kita doakan dia kekal cergas dan dapat beraksi.
“Apabila saya mencadangkan dia dimasukkan, dia berdiri di sebelah saya tiga setengah saat kemudian dalam keadaan bersedia.
“Kami tahu melakukan pertukaran pemain akan memberi menambah tenaga baharu dalam pasukan. Ketiga-tiga pemain ini memberi impak yang diharapkan,” kata Southgate. – AGENSI