“Kamu lahir pada tarikh kemenangan” - Issey namakan anak Faaeq Fathian - Utusan Malaysia

“Kamu lahir pada tarikh kemenangan” – Issey namakan anak Faaeq Fathian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara, Issey Fazlisham memilih nama Faaeq Fathiah untuk putera pertamanya yang baru saja dilahirkan pada 31 Ogos lalu.

Menurut Issey, nama anaknya itu membawa maksud yang kuat dan berharap semoga cahaya matanya membesar dengan berkeperibadian baik.

“Faaeq Fathian Bin Fazlisham. Faaeq ialah tertinggi, ulama, terkemuka. Fathian ialah kemenangan.

“Moga awak jadi anak yang tinggi akhlak dan imannya. Tambah pula kamu lahir pada tarikh ‘kemenangan’ kita,” coret Issey atau nama lengkapnya Fazlisham Mat Hussin.

Sementara itu, Issey turut berkongsi gambar si manja itu sedang ditimbang di InstaStory miliknya. Berat tubuh si kecil yang mesra disapa Iyyen Issey itu menunjukkan 3.4 kilogram.

Untuk rekod, pasangan Issey dan isteri, Noor Aimi Jamel berkahwin pada Disember 2019 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada pukul 1.48 petang Hari Merdeka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya