Kadar vaksinasi pelajar IPT cecah 73  peratus - Utusan Malaysia

Kadar vaksinasi pelajar IPT cecah 73  peratus

KPT dengan kerjasama CITF giat melaksanakan Program VACC2Campus bagi meningkatkan jumlah warga IPT mendapat vaksinasi lengkap sebelum kampus di buka pada 15 Oktober ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar vaksinasi bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara mencapai tahap 73 peratus hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, ia pencapaian lebih baik berbanding 66 peratus pada 14 September lalu, manakala bagi kakitangan IPT pula kadar vaksinasi berada pada tahap 91 peratus.

“Saya melihat perkembangan ini sangat baik dalam usaha kita mencapai sasaran 100 peratus pelajar dan kakitangan IPT yang divaksinasi menjelang akhir bulan depan nanti.

“Terima kasih semua yang bertungkus-lumus dalam usaha membentuk persekitaran selamat dan imuniti kelompok di kampus,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ketika ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) giat melaksanakan Program VACC2Campus bagi meningkatkan jumlah warga IPT mendapat vaksinasi lengkap sebelum kampus di buka pada 15 Oktober ini.

CITF memaklumkan, warga IPT termasuk pelajar dan kakitangan boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara dengan hanya perlu membawa kad pelajar atau kad pekerja serta kad pengenalan atau passport bagi urusan vaksinasi di PPV.

Bagi pelajar baharu sesi pengajian 2021-2012 pula, mereka perlu membawa surat tawaran kemasukan ke IPT berserta dengan kad pengenalan atau passport. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya