“Kadang kala kurang garam tapi penuh kasih sayang, suami tetap kenyang.” -Sofia Jane - Utusan Malaysia

“Kadang kala kurang garam tapi penuh kasih sayang, suami tetap kenyang.” -Sofia Jane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Datin Sofia Jane tampil berkongsi reaksinya mengenai isu toleransi pasangan terutama melibatkan kemahiran masakan si isteri.

Menerusi entri Twitter, pelakon filem popular Kekasih Awal Dan Akhir itu menjawab satu ciapan pengguna Twitter yang bertanyakan soalan tentang keperluan ilmu memasak bagi kaum hawa.

Ciapan itu berbunyi, ‘Orang perempuan sekarang tak pandai masak pun berani kahwin. Tak fikir ke perasaan bakal suaminya nanti?’

Kemudian, Sofia mengulang ciap soalan berkenaan perkara tersebut dengan pengalamannya sepanjang bergelar isteri kepada suami kesayangannya, Datuk Meor Zain Azman.

“Saya berterus terang sebelum menerima lamarannya. Allahyarham ayah pun memberi amaran mengenai kemampuan bab dapur anaknya.

“Alhamdulillah, 26 tahun kemudian, lauk kadang kala kurang garam tapi penuh kasih sayang.

“Suami tetap kenyang. Jika tidak, dia pesan melalui Grab dan selepas itu, saya reda,” kongsinya di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN