JPKK cadang kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM

JPKK cadang kuasa pendakwaan penuh diberikan kepada SPRM

DANIAL HAKEEM AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mencadangkan agar kuasa pendakwaan diberikan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa campur tangan pihak lain.

Menerusi satu sidang media yang diadakan secara maya hari ini, Koordinator Nasional Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), Danial Hakeem Azman berkata, ini kerana, kemungkinan ia boleh dimanipulasi oleh barisan Lembaga Pengarah yang dilantik terdiri daripada mereka yang berada di dalam bidang politik.

“Pembaharuan ini meliputi kuasa pendakwaan bebas dari Jabatan Peguam Negara untuk mengelakkan daripada penolakan kes yang dipengaruhi oleh ‘hubungan politik’.

“Cadangan ini sebenarnya cadangan yang besar supaya proses siasatan ini diberikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” tegasnya.

Malah, pemberian tender kepada syarikat-syarikat juga perlu diberi penekanan lain dan disarankan supaya hanya syarikat jenis Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) sahaja dibenarkan memohon.

“Ini termasuklah senarai hitamkan syarikat yang menyumberluarkan kontrak kepada subkontrak, ini bermakna individu dan syarikat yang disenarai hitamkan tidak harus dibenarkan memohon sebagai tender.

“Malah tetapan Nilai Sekuriti Bon juga perlu dilakukan iaitu dengan menetapkan hanya dalam lingkungan RM200,000 sehingga RM300,000 sahaja bagi mengelakkan dimonopolikan oleh syarikat besar yang lain.

“Dengan adanya Nilai Sekuriti Bon ini, ia boleh digunakan untuk membayar gaji pekerja-pekerja apabila gagal dibayar oleh pihak syarikat yang bertanggungjawab,” katanya.

Pihaknya turut menggesa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan lebih bersikap lebih rasional dalam mengatasi masalah pekerja kontrak di sektor perkhidmatan awam.

“Setakat ini sudah lebih 800 aduan mengenai isu syarikat-syarikat yang telah memanipulasikan pekerja kontrak dengan tidak membayar gaji dan sebagainya tetapi mereka masih teguh mendapatkan tender di bawah kerajaan.

“Malah, lebih 60 peratus daripada jumlah aduan kes tersebut sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib,” katanya dalam sidang media tersebut.

Tambahnya, kes yang melibatkan satu syarikat iaitu Azlan Security telah dibuka sejak tahun 2017 tetapi sehingga kini masih tiada jawapan.

“Kes tersebut melibatkan pihak syarikat tidak membayar gaji pekerja kontrak selama enam bulan dan difahamkan mereka terlepas kerana mempunyai hubungan rapat politik dengan seseorang.

“Dan pada Mac 2019 lalu, pihak JPKK sudah berjumpa dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bagi membincangkan hal ini dan beliau telah memberikan satu perjanjian untuk membuat siasatan ke atas syarikat tersebut, tetapi itu hanya cakap kosong,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya