JKKP siasat kejadian pekerja maut jatuh bumbung di kilang  - Utusan Malaysia

JKKP siasat kejadian pekerja maut jatuh bumbung di kilang 

LOKASI kejadian seorang pekerja warga asing maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah kilang ketika memasang sistem solar di Simpang Ampat, Pulau Pinang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)  negeri menjalankan siasatan berhubung insiden seorang pekerja pemasangan sistem solar maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah kilang di Simpang Ampat, di sini, kelmarin.

JKKP dalam kenyataan di sini memaklumkan, kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu melibatkan seorang warga asing yang maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah. 

Katanya, kejadian berlaku ketika pekerja kontraktor itu sedang melakukan kerja-kerja pemasangan sistem solar.

“Mangsa ditemukan pekerja kilang tersebut dalam keadaan terlentang di aras satu bangunan kilang. 

“Mangsa didapati terjatuh dari bumbung akibat terpijak bumbung lutsinar (skylight) di salah satu bangunan di kilang itu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambahnya, JKKP mengeluarkan satu Notis Larangan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kepada majikan kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja semasa bekerja  sehingga menyebabkan kemalangan. 

“Lokasi kejadian disita dan kerja-kerja pemasangan sistem solar dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan. 

“Majikan juga diarahkan menyediakan dokumen tambahan bagi membantu proses siasatan lanjut dengan segera,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya