Jika dilantik Timbalan Speaker, Ahmad Maslan mampu kawal keadaan - Tajuddin - Utusan Malaysia

Jika dilantik Timbalan Speaker, Ahmad Maslan mampu kawal keadaan – Tajuddin

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat mampu mengawal keadaan jika dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Bercakap kepada Utusuan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Ahmad seorang yang berani sekali gus memperlihat karakter  itu mampu membantu melancarkan  perjalanan urusan Dewan Rakyat.

“Jika Ahmad yang dilantik untuk mengisi kedudukan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, saya yakin dia mampu lakukan. Sebab dia seorang yang aktif dalam Parlimen, karakter pun agak berani, dia boleh mengawal keadaan, jadi kita nak orang yang seperti ini dalam Parlimen.

“Kalau nak cakap dia ‘kluster mahkamah’, ia tidak adil untuk beliau sebab Ahmad Maslan belum dijatuhkan hukuman bersalah. Aniaya lah kawan itu jika tidak diberi peluang untuk berkhidmat hanya kerana dicop sebagai ‘kluster mahkamah’,” katanya ketika dihubungi.

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, terdapat dakwaan yang menyatakan Ahmad akan dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani berkata, untuk memegang jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat haruslah mereka yang mempunyai kekuatan untuk mengawal keadaan serta tidak berat sebelah.

“Kita kena cari orang yang betul-betul ada kekuatan, terang-terang nampak kebodohan pun tidak boleh juga. Setakat ini Ahmad tidak pernah diuji. Kalau saya yang jadi Timbalannya, senang saya nak cerita,” katanya lagi.

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua menjadi sebahagian daripada usul dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat apabila Parlimen mula bersidang 13 September ini.

Ia susulan Azalina meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan menjelaskan keputusan itu selaras dengan pelantikan Perdana Menteri baharu dan permintaan rakyat bagi memastikan kerjasama pelbagai pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya