PETALING JAYA: Pelakon, Zul Ariffin menafikan dia berhasrat untuk bersara daripada bidang lakonan atau merancang untuk melakukan penghijrahan.
Sebaliknya pelakon J revolusi ini, menerusi Instagramnya memberitahu dia sedang mempersiapkan diri untuk menjadi pelakon yang lebih baik.
“Jangan risau, saya tidak bersara daripada lakonan atau melakukan penghijrahan.
“Buat masa ini, saya secara perlahan-lahan sedang cuba untuk memperbiki diri dan kerjaya.
“Saya sedang membuat persediaan, panaskan enjin. Banyak lagi yang akan datang!” tulisnya.
Zul pada beberapa hari lalu mengumumkan telah menarik diri daripada semua pencalonan Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34.
Dia sebelum ini pernah dinobatkan Pelakon Filem Lelaki Popular pada ABP ke-31.