KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Erra Fazira menitipkan pesan supaya mengambil peduli dengan bertanya khabar kepada kawan-kawan yang mungkin sedang sedih atau sunyi.
Jelas Erra, lebih-lebih lagi sewaktu pandemik ini ramai yang menghadapi pelbagai cabaran hidup setiap hari termasuk isu-isu yang menjejaskan kesejahteraan mental.
“Apabila kita berbual dengan seseorang yang kita percayai, maka dapatlah kita berkongsi cerita atau masalah yang dihadapi. Sedikit sebanyak terasa kurang sikit beban.
“Jadi, jika ada antara kita yang menghadapi masalah atau rasa terbeban ketika ini, luahkan perasaan dengan seorang yang kita percaya.
“Jangan malu untuk meminta bantuan kerana meminta bantuan itu sebenarnya tanda kekuatan,” ujarnya di Instagram.
Dalam perkongsian sama, Erra menitipkan pautan informasi lanjut berhubung kesihatan minda. – UTUSAN ONLINE