Isu tiga  pegawai SPRM ditahan perlu dibahaskan di Parlimen - Utusan Malaysia

Isu tiga  pegawai SPRM ditahan perlu dibahaskan di Parlimen

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengemukakan usul supaya isu penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibahaskan di Parlimen.

Fahmi Fadzil berpendapat, kes tersebut adalah isu besar dan memberi kesan terhadap sebuah institusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Oleh kerana satu perkara tertentu melibatkan kepentingan umum dan ia perlu disegerakan, saya pohon agar usul ini dibenarkan,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tampil mempertahankan usul tersebut.

“Saya mohon pertimbangan kerana kes ini antara yang agak serius kebelakangan ini, bukan sahaja melibatkan kecuaian SPRM, harap pegar makan padi.

“Ini juga melibatkan polis dan ini jadi urusan polis, juga melibatkan Bank Negara Malaysia kerana penyelewengan kewangan yang besar.

“BNM pun tak dapat kawal RM25 juta (AS$6 juta) yang ditipu dan dipalsukan, sebab itu saya mohon beri ruang perkara ini dibahaskan supaya kita dapat penjernihan tentang permasalahan ini dari sudut tindakan berkesan oleh kerajaan,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, beliau sedang meneliti usul tersebut dan akan mempertimbangkannya.

Terdahulu, tiga pegawai kanan SPRM ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak menerima laporan  berhubung pegawai kanan SPRM direman kerana didakwa terlibat dalam mencuri barang kes membabitkan wang tunai berjumlah lebih RM25 juta. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya