Intai wanita dalam tandas, penghantar surat didenda RM100 - Utusan Malaysia

Intai wanita dalam tandas, penghantar surat didenda RM100

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penghantar surat didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengintai seorang wanita, lima hari lalu.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani turut mengarahkan tertuduh, Ikram Ikhwan Abdullah, 19, menjalani hukuman penjara tiga hari jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tertuduh dilapor membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Ikram Ikhwan didakwa mengintai seorang wanita berusia 24 tahun di dalam tandas wanita sebuah pasar raya di Putra Heights, dekat sini pada pukul 6 petang, 27 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda RM100.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Reetha Parawa Karan manakala tertuduh diwakili peguam bela, Shalehhuddin Salam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN