KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Nora Danish meluahkan rasa lega dan syukur sebaik sahaja mendapat tahu tiada kes Covid-19 membabitkan pelancong di Langkawi.
Pelakon drama popular Puteri itu, pada masa sama menerusi InstaStory miliknya, turut berharap agar destinasi pelancongan lain dapat dibuka.
“Selamat tinggal Langkawi. Insya-Allah akan datang lagi.
“Alhamdulillah kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelacongan lain dibuka, Insya-Allah doa yang baik-baik,” luahnya diiringi keratan berita.
Terdahulu Nora merupakan selebriti terawal tiba di bumi Mahsuri tersebut bersama keluarga dan rakan baiknya sebaik sahaja kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan di Langkawi dibenarkan pada 16 September lalu.
Selain Nora, antara selebriti lain yang dilihat turut melancong ke sana seperti Alvin Chong, Siti Saleha dan Wany Hasrita.
Sementara itu, menerusi tinjauan Utusan Malaysia di IG-nya, di sepanjang tempoh percutian Nora telah menutup ruangan komen pada setiap perkongsian hantaran gambar momen-momen bercutinya.