Individu lengkap dos vaksin boleh imarahkan masjid di Pulau Pinang 

Individu dua dos vaksin boleh solat di masjid 

SOP terbaharu bagi aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang bermula esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang membenarkan individu yang melengkapkan dua dos vaksin untuk menunaikan solat fardu dan solat Jumaat di masjid dan surau mulai esok. 

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd. Zakuan Zakaria berkata, kehadiran jemaah yang telah melengkapkan dos vaksin itu mesti mengikut kapasiti ruang di masjid dan surau serta mematuhi penjarakan fizikal yang ditetapkan. 

“Bagi mereka yang baharu mendapat satu dos vaksin, mereka dibenarkan untuk hadir menunaikan solat di masjid dan surau seperti SOP terdahulu iaitu 150 orang untuk masjid negeri, 100 orang di masjid kariah dan 50 orang di surau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurutnya, pihak masjid dan surau perlu membentuk Jawatankuasa Pemantau untuk memastikan SOP yang dikeluarkan itu dipatuhi. 

“Untuk makluman, laungan azan juga kembali kepada laungan asal bermula subuh esok. Semua majlis ilmu perlu diadakan secara dalam talian manakala bacaan Yasin dan tahlil secara fizikal dibenarkan pada malam Jumaat,” katanya. 

Tambah beliau, pada masa ini majlis rasmi, akad nikah atau majlis sosial masih tidak dibenarkan diadakan di masjid atau surau. 

“Pihak masjid juga perlu menyediakan ruang khas untuk menunaikan solat bagi mereka yang bermusafir dan pemandu e-hailing,” katanya. 

Selain itu, Mohd. Zakuan berkata, bagi urusan pengurusan jenazah, seramai 30 orang dibenarkan untuk solat dan urusan pengkembumian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya