Impian zaman kecil Lukaku tercapai - Utusan Malaysia

Impian zaman kecil Lukaku tercapai

PENYERANG berbisa, Romelu Lukaku meraikan gol ketika menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tiga gol selepas tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris menjadi bukti betapa tajamnya sentuhan penyudah Romelu Lukaku selepas kembali menyarung jersi Chelsea. 

Lukaku pernah beraksi dengan Chelsea pada 2011 hingga 2014, sebelum kembali ke skuad Blues dengan rekod perpindahan kelab dari Inter Milan musim ini.

Kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa, semalam menyaksikan penyerang Belgium itu meledak dua gol termasuk jaringan Mateo Kovacic sekali gus membantu Blues mencatatkan tiga kemenangan daripada empat perlawanan.

Lebih manis, ini kali pertama Lukaku menjaringkan gol di Stamford Bridge dan perlawanan ke-15 Lukaku di stadium itu sepanjang mewakili Chelsea, Everton dan Manchester United.

“Saya sudah lama menantikannya dan impian saya sejak berusia 11 tahun. Saya berusaha keras untuk momen ini.

“Ia impian zaman kanak-kanak. Saya amat gembira untuk berada dalam situasi ini tetapi usahanya perlu diteruskan,” katanya.

Chelsea muncul kelab kedua, selepas Manchester United yang memenangi 600 perlawanan di EPL.

Meskipun menang, Thomas Tuchel mengakui Chelsea tidak berada di prestasi terbaik dalam perlawanan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya