"Ikut kemampuan kalau nak 'tiru' cara senaman saya” - Aksi Aina Abdul di gim curi tumpuan netizen - Utusan Malaysia

“Ikut kemampuan kalau nak ‘tiru’ cara senaman saya” – Aksi Aina Abdul di gim curi tumpuan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aina Abdul mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik perkongsian video rutin di gim dengan bermain peralatan berat.

Menurut penyanyi Sumpah itu, dua aktiviti senaman tersebut antara rutin apabila dia pergi ke gim.

“Sebahagian senaman yang saya lakukan. Ikut kemampuan ya kalau nak ikut cara senaman saya,” tulisnya ringkas pada video yang dimuat naik dalam aplikasi Reels Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, majoriti teruja menyaksikan penyanyi Nafas Cinta itu bermain peralatan besi berat buat julung kalinya.

Sementara itu, ada juga peminat yang melayangkan khidmat pesanan masyarakat agar Aina perlu memakai kasut ketika melakukan aktiviti senaman di gim sebagai langkah keselamatan.

“Pakai kasut Aina untuk keselamatan awak,” komen seorang pengguna IG.

Tidak kurang juga segelintir pelayar Instagram melemparkan gurauan senda risau sekiranya Aina bersenam sehingga mengeluarkan vokal tingginya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya