Ifedayo cipta rekod baharu Liga Super - Utusan Malaysia

Ifedayo cipta rekod baharu Liga Super

IFEDAYO OLUSEGUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyerang sensasi Selangor Ifedayo Olusegun mencipta rekod dan sejarah baharu untuk gol terbanyak Liga Super sejak saingan tempatan diperkenalkan pada 2004.

Dengan berbaki satu lagi perlawanan, Ifedayo kini telah meledak 25 gol untuk memadam rekod yang dipegang bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan Mohammed Ghaddar 23 gol pada 2017 dan Bergson da Silva (2021).

Penyerang 30 tahun itu berpeluang untuk memenangi kasut emas bagi musim ini sekali gus mengulangi pencapaian musim lepas selepas mempunyai kelebihan dua gol ke atas bintang JDT, Bergson namun terpaksa menunggu pada perlawanan terakhir Liga Super, Ahad depan di mana kedua-dua pemain itu masih berpeluang menambah jaringan.

Berikut adalah senarai pemenang kasut emas Liga Super bermula tahun 2004 :

2004: Indra Putra Mahayuddin (Pahang) – 15 gol
2005: Julio Cesar Rodriguez (Sabah), Zacharia Simukonda (Perlis) – 18 gol
2006: Keita Mandjou (Perak) – 17 gol
2007: Keita Mandjou (Perak), Mohd Shahrazen Said (DPMM) – 21 gol
2008: Marlon Alex James (Kedah) – 21 gol
2009: Nizaruddin Yusof (Perlis) – 18 gol
2010: Ashaari Shamsuddin (Terengganu) – 18 gol
2011: Abdul Hadi Yahya (Terengganu) – 20 gol
2012: Jean-Emmanuel Effa Owona (N.Sembilan), Francis Doe Forkey (Terengganu) – 15 gol
2013: Marlon Alex James (ATM) – 16 gol
2014: Paulo Rangel (Selangor) – 16 gol
2015: Dramane Traore (PDRM)– 20 gol
2016: Jorge Pareyra Diaz (JDT) – 18 gol
2017: Mohammed Ghaddar (Kelantan/JDT) – 23 gol
2018: Rufino Segovia (Selangor)- 19 gol
2019: Kpah Sherman (Kedah) – 14 gol
2020: Ifedayo Olusegun (Selangor) – 12 gol-Liga berlangsung 11 perlawanan sahaja

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya