Hospital Medan di Hospital Pulau Pinang 95 peratus siap 

Hospital Medan di Hospital Pulau Pinang 95 peratus siap 

ARMAN Rumaizi Ahmad (kiri) mendengar taklimat mengenai operasi pembinaan Hospital Medan daripada Dr. Zamri Derahman (dua dari kiri) di perkarangan Hospital Pulau Pinang di Jalan Residensi, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pembinaan hospital medan bagi fasiliti tambahan perawatan pesakit Covid-19 di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini yang dimulakan Khamis lalu, kini 95 peratus siap dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh terdekat. 

Panglima Division Kedua Infantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata, beliau berpuas hati dengan perkembangan pembinaan hospital medan di pekarangan HPP itu yang dibina oleh anggota ATM. 

“Dari pihak ATM, kita telah capai 95 peratus siap dan pada masa ini kerja-kerja teknikal dan mekanikal masih lagi berjalan di sini. 

“Diharap pembinaan hospital medan di HPP ini dapat membantu rakyat Pulau Pinang berjuang melawan Covid-19,” katanya selepas meninjau pembinaan hospital itu di HPP, di sini hari ini. 

Pada 11 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pembukaan hospital medan itu di HPP bagi menampung peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di negeri ini. 

Khairy berkata, hospital itu dilengkapi kemudahan oksigen, wad pesakit dan lain-lain kemudahan yang mampu merawat pesakit. 

Operasi pembinaan hospital medan itu yang dilengkapi kemudahan oksigen, wad pesakit dan kemudahan lain bagi merawat pesakit dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 hari dan sesi ujian penuh (dry run) dijangka Khamis ini. 

Hospital yang seluas 2,400 meter persegi itu meliputi empat buah katil ICU dan 96 katil wad yang dilengkapi sumber oksigen. 

Menurut Arman Rumaizi, kehadiran beliau dalam meninjau pembinaan hospital medan itu juga untuk memberi semangat kepada anggota ATM yang bertungkus-lumus menjalankan tugas pembinaan hospital berkenaan. 

“Saya datang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana kemajuan pembinaan di sini dan akan memanjangkan laporan mengenainya kepada pucuk pimpinan ATM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya