Hause perlekeh United, Solskjaer berang dengan pengadil - Utusan Malaysia

Hause perlekeh United, Solskjaer berang dengan pengadil

PEMAIN tengah Manchester United, Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas rembatannya melepasi palang ketika menentang Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penjaring gol tunggal Aston Villa, Kortney Hause, menegaskan dia dan rakan sepasukannya tidak berdepan kesukaran untuk mengekang jentera serangan Manchester United ketika saingan di Old Trafford.

Pemain tengah itu, menyempurnakan tandukan daripada sepakan sudut pada minit ke-88 untuk menghadiahkan kemenangan pertama Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris ke atas United sejak Disember 2009.

Hause hampir dikecewakan apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada skuad Red Devils pada masa kecederaan berikutan bola terkena tangannya, tetapi Bruno Fernandes berdepan kegagalan kedua dalam 23 tugasan itu di United apabila tendangannya melewati palang gol.

“Kami memiliki peluang yang lebih baik dan tidak terlalu diuji. Ketika memberikan mereka sepakan penalti, saya sangat kecewa dan marah dengan diri sendiri. 

“Tetapi sebaik sepakan Fernandes melepasi palang, saya berasa lega. Saya rasa ia satu keadilan kerana saya tidak fikir ia adalah satu penalti yang wajar diberikan,” kata Hause.

Sementara itu, pengendali United Ole Gunnar Solskjaer mempersoalkan keputusan pengadil dan video bantuan pengadil (VAR) serta berang melihat sikap penjaga gol Aston Villa Emiliano Martinez.

Solskjaer tidak berpuas hati jaringan minit ke-88 Aston Villa diiktiraf pengadil walaupun penyerang Ollie Watkins berada dekat dengan penjaga gol David de Gea ketika Kortney Hause menanduk masuk bola ke gawang United.

Situasi sama berlaku hujung minggu lalu di Brighton apabila Leicester City dinafikan gol penyamaan kerana Harvey Barnes menghalang penglihatan penjaga gol Robert Sanchez.

“Anda boleh lihat keputusan tidak konsisten sekali lagi, VAR dan pengadilan,” kata Solskjaer.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya