LONDON: Bekas pemain Arsenal, William Gallas mengakui tidak faham mengapa kelab itu sanggup berbelanja 50 juta pound (RM286.92 juta) bagi mendapatkan Ben White sedangkan Manchester United mampu mendapatkan Raphael Varane pada harga lebih murah.
The Gunners mendapatkan bekas pertahanan Brighton itu dengan kontrak lima tahun selepas menampilkan aksi cemerlang ketika dipinjamkan ke Leeds.
“Sukar untuk saya fahami perkara ini kerana Arsenal membeli pemain yang belum terbukti kemampuannya di peringkat tertinggi sedang United berjaya mendapatkan Varane dengan harga lebih murah.
“Perkara ini perlu diterangkan. Mungkin kerana dia adalah orang Inggeris.
“Vartane ada dalam kelas tersendiri berbanding dengan Ben White. Ben masih muda tetapi belum membuktikan kemampuan sebenarnya pada harga 50 juta pound (RM286.92 juta).
“Saya menghormati dia. Saya tidak kenal dia. Saya harap dia akan jadi pemain yang hebat tetapi dia belum terbukti mampu beraksi pentas tertinggi.
“Awak tidak boleh bandingkan Ben White dan Varane. Ia tidak mungkin berlaku,” katanya.-AGENSI