‘Harap tak perlu kuarantin jika positif Covid’  - Utusan Malaysia

‘Harap tak perlu kuarantin jika positif Covid’ 

JOHAN KAMAL HAMIDON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah tiba masanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan cadangan agar tidak mewajibkan semua pasukan dikuarantin jika terdapat pemain didapati positif Covid-19 seperti yang diamalkan oleh kebanyakan liga-liga Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, beliau melihat semua pasukan mungkin sudah boleh melakukan latihan secara home based yang disifatkan amat sesuai selepas banyak kelonggaran dibuka termasuk sektor sukan.

“Saya rasa sudah sampai masanya jika ada pasukan-pasukan yang pemain mereka positif, mungkin hanya perlu kuarantin sahaja manakala selebihnya perlu melakukan ujian PCR.

“Namun untuk soal ini saya rasa latihan secara home based lebih sesuai dan kita harap ada kelonggaran dari pihak kerajaan.

“Saya berpandangan sebegini kerana melihat sektor sukan di luar sana sudah mula dibenarkan seperti penggunaan padang awam untuk permainan bola sepak, gimnasium dan kolam renang, mungkin sudah sampai masanya perlu dikaji semula,” katanya.

Julai lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pernah membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya hanya pegawai dan pemain positif COVID-19 dikuarantin.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak atas sebab tertentu yang menyaksikan MFL terpaksa menetapkan peraturan untuk memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan jika ada mana-mana pegawai dan pemain positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya