Hanya satu trip feri ke Langkawi dari Kuala Kedah - Utusan Malaysia

Hanya satu trip feri ke Langkawi dari Kuala Kedah

PERKHIDMATAN  feri bagi perjalanan pergi dan balik dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Pulau Langkawi,Kedah hanya disediakan satu trip bermula esok. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perkhidmatan feri penumpang bagi perjalanan pergi dan balik dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Pulau Langkawi hanya melibatkan satu trip bermula esok.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata,   pengurangan perjalanan feri dibuat berikutan kekurangan tempahan tiket pada masa ini.

Katanya, perkhidmatan feri Kuala Kedah ke Langkawi telah ditutup selama dua minggu sebelum ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah yang bermula dari  6 September hingga 19 September lalu.

“Perkhidmatan feri itu akan beroperasi semula esok dan hanya 129 tempahan tiket sahaja diterima berbanding 430 kapasiti penumpang diperuntukkan dalam sesebuah feri.

“Namun, kami akan memantau permintaan tempahan yang diterima. Jika makin meningkat, kami akan tambah trip perjalanan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharin berkata, perkhidmatan feri bagi esok dan Jumaat iaitu pada pukul 1.30 petang dari Kuala Kedah dan 10.30 pagi dari Langkawi.

“Sabtu hingga Rabu pula perkhidmatan feri pada pukul 3 petang dari Kuala Kedah dan 12 tengah hari dari Langkawi,” jelasnya.

Bagaimanapun menurutnya, jadual perjalanan dari Terminal Feri Kuala Perlis masih kekal dua trip sehari memandangkan permintaan ke Langkawi melalui terminal tersebut lebih tinggi.

Beliau menambah,, pelancong yang ingin ke Langkawi melalui Kuala Kedah juga perlu menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 sama ada RT-PCR, RTK-Antigen atau ujian kendiri sebelum menaiki feri.

“Selain itu, mereka juga perlu menunjukkan surat kebenaran polis ke Pulau Langkawi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya